Image Banner

KEJOHANAN FUTSAL ANTARA MAAHAD TAHFIZ NEGERI PERLIS

Alhamdulillah, segala pujian hanya kepada Allah SWT... Sebahagian pelajar Madrasah Miftahul Hidayah, Beseri, Perlis telah menyertai Kejohanan Futsal Antara Maahad Tahfiz Negeri Perlis 2017 di D`Futsal Centre...

Walaupun hanya berjuang di peringkat kumpulan sahaja, tahniah dan jutaan penghargaan diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang terlibat...Tahun depan cuba lagi, insya-Allah...

Keputusan kejohanan:

Juara: Al-Othmani
N. Juara: Al-Maqdis
Ke-3: Ar-Raudhah

Pihak penganjur iaitu PINTA Perlis telah menyediakan hadiah untuk semua pasukan termasuk hadiah saguhati untuk pasukan-pasukan yang bertanding...

LAGI

LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA PIHAK BOMBA PERLIS

Alhamdulillah, tanggal 15 November 2017, para pelajar Madrasah Miftahul Hidayah, Beseri, Perlis telah menjalani latihan kebakaran bersama pihak Bomba Perlis yang diadakan di sekitar kawasan madrasah.Latihan dimulakan pada pukul 10.30 pagi dengan ceramah keselamatan yang disampaikan oleh wakil bomba dan kemudiannya, disusuli dengan latihan memadam kebakaran secara praktikal yang melibatkan pelajar dan guru terpilih.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dan penyampaian cenderahati kepada wakil bomba yang terlibat pada pukul 12 tengahari.

Pihak madrasah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada wakil daripada Bomba Perlis.

LAGI

REHLAH PELAJAR

10 & 11 Oktober 2017 Alhamdulillah, para pelajar Madrasah Miftahul Hidayah, Beseri, Perlis selesai berehlah di Pulau Pinang...Jumpa lagi Rehlah Sanawi tahun depan...

LAGI

PEMERIKSAAN KESELAMATAN BANGUNAN DAN PENDAWAIAN

09 Oktober 2017:Pemeriksaan keselamatan bangunan dan pendawaian elektrik oleh pihak Bomba Perlis dan JKR Perlis serentak....Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...

LAGI

BAIKPULIH LANTAI ASRAMA PELAJAR

Alhamdulillah, pemasangan jubin pada lantai asrama pelajar berjaya disiapkan sebelum Hari Raya Aidilfitri... Semoga dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dengan sebaiknya... Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penderma dan penyumbang...

LAGI

SEKITAR KELAS PENGAJIAN HAFIZAH

Assalamualaikum,Gambar bangunan dan kawasan sekitar kelas pengajian hafizah bagi pelajar-pelajar perempuan di Madrasah Miftahul Hidayah, Beseri, Perlis. Pengambilan pelajar adalah terbuka sepanjang tahun!!!

Sila hubungi Ustaz Megat (013-2814918) untuk pertanyaan lanjut dan kemasukan pelajar.

Atau terus datang ke pejabat madrasah:

Madrasah Miftahul Hidayah,
Km. 12, Jalan Kaki Bukit,
02400 Beseri, Perlis.
(setentang dengan Caltex Beseri)

LAGI

INFAQ DAN SUMBANGAN

Alhamdulillah...Antara infaq dan sumbangan yang diterima utk kegunaan pelajar kelas hafizah Madrasah Miftahul Hidayah, Beseri, Perlis.Jazahumullahu khairal jaza` dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pemberi sumbangan dan infaq.Semoga Allah merahmati tuan/puan semua di dunia dan di akhirat..Pengambilan pelajar baru masih terus terbuka sepanjang tahun, insya-Allah...

LAGI

Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan